 |
yakin dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan |
Back from KK..masa landing KLIA kami pakat "jom gi China"..tapi kita gi style casual backpacking 2 org je. Tak yah la lagi bawa bala tentera ni.. last time masa trip Solo-Merapi-Jogja, berpeluh kami jadi guide diorang, tunjuk attractions sana sini, diorang buat dek aje, manjang menyeret lantai. Melancong bersama anak-anak istimewa pastinya mencabar.
See tentatif trip.. bajet utk 2 org. Advantages trip sendiri-sendiri;
- economic skit kos
- tak menyusahkan org lain (customize; timing, flexiable dan freestyle; jam berapa nak gerak, ke mana nak pergi, anytime tukar tentatif, nak balik ikut mana)
- walaupun tak glamour sbb tak de tour leader yg bawa bendera kecik, melancong sendiri-sendiri dapat meminimakan kesengsaraan service ground operators dan government stores (ikut package) - kat blogs ramai gak pelancong kita complaint dan terkena, tobat tak nak ke China lagi.
- small group membolehkan kita guna khidmat teksi/uber (kena tere mandarin dan familiar dgn kota beijing..kami dibantu oleh pelajar malaysia di sana.. frust gak sbb tak belajar mandarin muda-muda dulu),
- dapat rasa uncertainty scenario and risk taking situation (dpt rasa adventure)
- sometimes ter"mingle" ngan tourist omputeh dan tenguk skill take for granted diorang/perlakuan camne nak survive masa travel (sbbkan puak2 ni berabuk enggeris, so skill auta diorng memang terserlah, expression hebat..so kami dengar je ala bebudak Muet Band Score 2.0)


Pre-Departure (Planning, Anticipation, Satisfaction)
Study destinasi. Nowadays, website merupakan primary source of inspiration for travel. Cari blogs/fb warga Malaysia yg telah melancong ke China. Kemudian develop tentatif sendiri dan pastikan ianya realistik! Terima hakikat bahawa kita tidak dapat nak cover semua destinasi "must see", atas faktor kesuntukan masa, bajet kewangan yg tak berapa mewah dan batasan fizikal. Stick to main reason why we travel to China. To see things vs shopping adalah berbeza.
Kenapa China? Buat masa ni nak gi nyembah tempat omputeh rasanya hold dulu. Dulu-dulu pernah tinggal di wilayah cornflake + bread and butter, bagai nak putus telinga menahan sejuk dan jenuh nengok gaya hidup diorang. So we decide cover Benua Asia.
- Beli tiket awal. Hunt tiket murah waktu sale. Promotion selalu Nov-Dec. Lately Airsia jarang dah buat sale sbb tourist mainland China melimpah ruah dalam flight diorng. Once dpt tiket murah, duit yg lebih membolehkan kita;
- beli/upgrade ke posisi seat yg selesa (5 hours long haul flight akan membatakan daging punggung),
- confident untuk order berbagai menu makanan dalam flight.
- tanpa ragu menambah bayaran excess luggage ketika berlepas pulang; kasi angkut segala souvenier untuk anak-anak dan kawan-kawan
- Persediaan logistik.
- Pakai kasut sneakers tapak lembut, stokin pakai buang dan pakaian yang longgar. Bawa pakaian yg perlu sahaja..tak cukup beli disana or basuh kat laundry.
- Amat praktikal menggunakan beg tarik Afundi four wheeler. Cari yang saiz tayar besar sikit. Advantages, a lot easier pushing around at airport/town, tidak mudah tumbang, and it goes well over curbs especially naik turun tangga subway dan train.
- Barang lain; universal plug adaptor, payung lipat, semutar (tuala berat/guna ruang), alat mekap sendiri.
- Stock makanan, bawa sedikit makanan segera for backup (no need nak diangkut semua jenis berahim, maggi, canned foods..dah macam 99 speedmart bergerak). Makanan halal banyak di sana, cuma kena rajin mencari dan memerlukan sedikit skill explorer/venturer.
- Bab kesihatan diri, bawa segala stock ubat (antacid, paracetamol, pil muntah, sinus, ponstan, pil cibir+ors, penutup mulut, deep heat, calamine lotion). Guna hygiene spray or hand sanitizer untuk mencegah diri dijangkiti kuman kerana dikhuatiri kita terpegang objek yang dicemari bakteria tanpa sedar (tombol pintu, railing subway). Wet tissue jgn lupa.
- Those yg ada sakit-sakit tahap kritikal, bawa salinan surat pengesahan doktor dan study awal-awal fast-route ke hospital berhampiran ..mana tau. Kalau ada yg perlu memerlukan rawatan, setelkan semua sebelum berlepas terbang. Mana-mana gigi berlubang, tampal siap2..tunggul-tunggul gigi yg sakit, cabut je..
- Timing pergi China. pilih samada hujung spring @ summer. Terbaek pergi masa fall. Summer hari panjang so byk aktiviti kembara boleh buat. Pergi waktu winter memang tiket flight dan rate hotel murah, anda berpeluang bergaya busana winter, suasana di destinasi pelancongan yg syahdu-hening krik..krik.. tak ramai manusia. Tetapi! anda terpaksa menggelugut menahan kesejukan, jangkamasa siang pendek dan limited xtvt yg boleh buat. Elak ke sana masa cuti umum (rakyatnya seramai 1.3 billion sardin, que panjang..tak bagus for otai travellers). Apa-apa pun tarikh cuti sekolah disini yg menentukan bila waktu yang sesuai...hu..hu..huuu. Tapi bajet airline cerdik, masa tu la di balun harga tiket semahal boleh...
- Guna lebihan wang utk pergi melancong (disposable income). Jangka hayat kita tak tahu bila penghujungnya...so kalau ada lebihan wang setelah setel semua liabiliti, gi la ziarah ke tanah suci dulu. Next, baru pergi melancong ke negara lain (tak jadinya balik gm or coffee town je Toq ....). Longgok duit skit-skit, tukar rm ke yuan bila ringgit strong (check sini http://mymoneymaster.com.my) dan kasi hempap bawah tilam.Penggurup wang sebelah kfc kajang dan ioi mall putrajaya rate mcm ok je.
- Maklumkan pihak kementerian/kedutaan ke mana dan bila kita berada di negara luar (isi borang di website). Update waris/pemegang amanah butiran penting peribadi. Jadi apa2 senang.
- Buat perkiraan & rancang setiap perbelanjaan mengikut
- Cash is prefered. Berbelanja secara tunai much safer di China. Guna credit card bila emergency sahaja.
- Bajet makan (high priority)
- Penginapan - hostel di China selesa. Cari di booking.com. Pilih bilik yg ada private bathroom. Tak perlu kejar bilik 4-5 star sbb kita bukan stay terperap selalu. Focus on location. Tak praktikal gi booking yang murah tapi lokasi nun tersorok, tidak bersih dan jauh dari public transport.
- Transport - tiket kapalterbang, tambang teksi dan train
- Ground-tour package (ada destinasi yg tak berbaloi pergi visit sendiri-sendiri ala indiana jones sbb faktor masa, cost lebih kurang dan tak praktikal..better tunggu je van depan hotel dan join guided tour ngan omputeh yg penuh dgn temberang jww birch)
- Travel insurance - mandatory. Survei satu company di precint putrajaya ...mmm...slow, lama menunggu...penyudahnya cancel, cari company lain. So we choose https://www.allianz.com.my/allianz-travelcare
- Sedekah ke masjid, komuniti islam, traveller yg perlu talian hayat dan belanja minum locals
- Contingency money for unforeseen circumstances - i.e. last minute shopping, excess luggage or itinerary berubah, tukar/beli tiket baru

kalau berdua bagus beli seat area belakang, privacy skit. Flight KLIA-China selalunya penuh dgn pelancong mainland china. Diorng ni meriah dlm kapal, riuh mcm pasar seri kembangan, always bawa bekal makan, buka tutup kompatmen atas, suara kuat dan merecik, toilet airport/ dlm flight habis diorng kerjakan. Pada kami ok je sbb diorng ni tak sampai level ganggu org dan mmg dah tabiat mereka. Kerajaan diorng patut sekolahkan rakyat china ni cara-cara jaga perangai ketika keluar melancong ke luar negara
Halalan Toyyiban
Bab halal kadang-kala boleh mendatangkan kerisauan ketika melancong ke luar negara. Bila touch down di perantauan, mula la dtg berdesup2 dlm kepala..mana kedai halal, dimana boleh dapat nasi. Ternampak sahaja tulisan halal di depan kedai makan..rasa keyakinan menjadi teguh. Bertambah girang pabila melihat org yang berjual tu berkopiah & menutup aurat. Panduan halal survival kami di China;
- Terdapat banyak kedai halal di Beijing. Browse di internet awal2, print map dan cari. Contohnya http://www.islamichina.com/halal-restaurants. Kami perhati ramai non-muslim customers makan di kedai halal, mungkin concern-anxiety over food safety di sana.
- Alhamdullilah kedai2 halal banyak yg berhampiran hostel kami tinggal. Selalunya ada tulisan halal 清真 kat depan kedai.
- Dapatkan bantuan kenalan di perantauan (jika ada). Thanks to Malaysian BLCU yang willing bawa kami ronda ke kedai halal peking duck (yg ni kena ikut org yg lama dok Beijing sbb depa tau mana port terbaek). Rasanya hari tu kami makan di restoran halal area Yansha youyi shopping mall. Tapi diorng kata nak lagi mengancam nun di Hualian Mall, area Wudaokou.
- Restauran/menu lain, cari Western Mahua. Bersepah branch di Beijing dan Xian..harga pedulikan..ada logo halal, byk pilihan, lazat, selesa. Di sekitar Wangfujing terdapat beberapa restauran halal dengan kadar harga sentap.
- Di Xian, halal things tak perlu risau sbb bertaburan merata city. Cuma suit or not dgn tekak kita. Lihat secara fizikal memang menarik dan menyelerakan, tapi blom tentu sedap. Better bawa perencah/perasa skit dari rumah untuk modified rasa
 |
sebelah hotel kami pun ada halal resto..
guna translator hp bila order |
 |
western mahua |
 |
nasi daging kentang |
 |
logo halal..
halal peking duck di Peking.. |
Terbaik la en.John...ble tiru itinerary ni utk penuhi wishlist yg seterusnya...
ReplyDelete