Thursday, November 10, 2016

Hari 5 One-Day Tour Terracotta Museum

Pakej Balik Hari

Sama seperti trip ke Great Wall, kami guna khidmat one-day tour setelah menyedari bahawa kami adalah pelancong tak fit. Maklumat tour ada di kaunter hotel. Pilih pakej yg "no shopping". Pakej 280 yuan cover tambang van, lunch, entrance fee dan guide service. Bagi pengembara muda dan bertenaga bagus pergi secara independent, kosnya dalam 250 yuan (berpeluang memperolehi pengalaman; berebut naik bas no 5 depan building china post di Xian railway station-bayar tambang sendiri, perjalanan 1 jam sejauh 42 km, sampai terracotta anda beratur lagi utk beli tiket-gerak masuk-tunggu tram..que lagi-hire guide dan berkejar-catch bas balik ke Xian-turun stesen keretapi, tahan teksi balik ke hotel ..pengsan).

pintu masuk makam

must do..sesi gambar berbayar 10 yuan 
tak henti guide explain

Alhamdullilah masa di Xian, rakan sepelancongan omputeh ok skit. Mamat spek hitam al-pacino tu american, langley virginia. Dia tercicir tablet, kami suh dia dan guide patah balik gi cari dan berjaya jumpa. Dua budak muda backpackers tu germany dan swiss. Masa kita orang belanja minum, terperanjat diorang. Kami 5 org satu mpv, amat selesa..guide ok and provide tons of information. Jauh beza compared ngan amoi ketum, guide great wall tour.



memang dasat planning emperor ni

No comments:

Post a Comment