Sunday, November 6, 2016

Hari 4 Xian - Warisan Budaya Islam Cina

Islam di Xian 
Anggaran populasi Islam di China melebihi 30 juta. Di Malaysia 20 juta. So diorng lebih ramai...

Sebutan Xian adalah sian, nama asalnya Chang'an. Capital of China berzaman dulu, 13 dinasti jatuh bangun disini dan pintu bermulanya Laluan Sutera Darat. Xian terletak di tgh2 China, membahagikan utara dan selatan. Sekarang capital dah berpindah ke sebelah utara (Beijing). Muslim tourist macam kita rasa selesa bila merayau di kawasan muslim quarters, lorong-lorong majoriti populasi orang Islam. Kedai halal, masjid, orang Hui (Islam) yang jernih airmukanya mudah ditemui.  Majoriti masyarakat Hui lebih tertumpu di wilayah Ningxia, Yunnan, Qinghai, Gansu dan selatan Xinjiang. Populasi orang Hui nak dekat 11 juta. Tapi tang dominasi bab-bab tourism business seperti sapa yg running kemudahan penginapan (hostel/hotel) or ground travel agent, nampak macam didominasi bangsa Han. Area muslim quarter, dgr citer gomen China berusaha nak re-structure dgn pelbagai alasan perancangan bandar..so far komuniti disini masih mampu bertahan dan berusaha hidup bersama arus pembangunan agar nilai-nilai Islam sentiasa terpelihara. Kalau lihat dari city wall, Xian dipenuhi bangunan tinggi, hanya lokasi muslim masih nampak syahdu, kurang struktur bangunan.... doakan ia kekal sebegitu.

peta China berbentuk ayam jantan...Xian adalah hati
Masyarakat Hui 

Wajah orang Hui di Xian mcm ada beza sikit dari orang sebelah utara (dok perati masa di Beijing). Bujur sikit, matanya ada besar skit (org utara dan timur, dahi flat berpetak dan mata mcm ditoreh2). Rasanya mungkin ada orang Hui yang kawin campur dengan pedagang Laluan Sutera dari asia tengah dan wilayah arab. Mesti ramai yg kena seret suh dok kerja kat istana maharaja dulu-dulu.



rumah ni sejak zaman dinasti qing (machu). Empat tingkat..kaya..kaya. Size flat ikan. Interior design klasik, penuh ukiran dan kesenian cina. Ground floor utk parent, couple moden 1st floor, geng bujang tingkat atas sekali







kenalan di muslim quarter

couple ni jumpa di farmasi..tgh tergagap nak beli panadol guna sign language, tetiba couple ni dtg n bantu. diorng boleh cakap omputeh...perghh syukor. Balik saja dari terracota, kami dijemput gi visit rumah/kg diorng. Famili Ma Jing bawa ronda area, makan, gi masjid, naik tut-tut.. tip: sentiasa berdoa dipermudahkan urusan dan bersangka baik bertempat






famili An Xiaolong di muslim quarters
Tal..lu jgn jeles...



berpeluang tengok interior dan architecture warisan budaya orang Hui. siap ada tempayan besar berisi air (traditional humidifier)












pasangan muslim  dari Wilayah Gansu

di Masjid Besar Xian berkenal dgn satu couple. Diorang berusaha nak sembang, kami angguk je..dia cakap mandarin. Umur brader Lee ni 60 lebih, tapi badan sendo beburas mcm bruce lee. Tahun mendatang dan kalau dizinkan, kita berangan nak visit kg dia di Zhangjiachuan di Gansu. Boleh sekali lawat Linxia "little mecca" dan  perkampungan masyarakat cina yg berketurunan roman soldiers di Liqian (saanaaaa....limpas Lanzhou)  







yisilan? malesia? terus kena kerumun ajak bergambar


masa di terracota, terserempak dgn mereka. Ingatkan pelancong malaysia or indonesia, diorang senyum dan amaze kat tudung wife..paras rupa macam orang kita. Mereka dari Wilayah Yunnan. Ada rezeki panjang umur, tahun-tahun mendatang plan explore area sana..kunming, dali, lijiang












makan di kedai pak sedara ma jing. Saya insist nak makan nasi goreng, telur dadar, sup..main suka order je. Sbb dah sebu perut makan lamian. Di Xian mee tarik mmg makanan ruji, nak rasa pedas cam lidah kita, Sichuan tptnya. Nak ala briani or nasi arab base kambing, jom gi Xinjiang. So berusaha diorng anak beranak masak ikut kehendak saya...paras rupa diorang mirip orang negeri stan-stan...pakcik tu berabuk cakap arab








otai masjid 


bila mereka nampak kita masuk area masjid, dari jauh dah sibuk menggamit, sorong selipar, tunjuk tempat wuduk, bawa pusing masjid, tanya pasal Malaysia, ajak sembang (walaupun dlm mandarin)...yg otai2 tere cakap arab....so senyum angguk je. Kalau ada wan tat kat sebelah boleh tai chi..tak caya tanya dia.he..he.














Masjid Agung Xian
antara yg tertua di China dan penuh kaligrafi

ikut brader Anan,
di hutong/lorong rumah muslim Hui

Muslim Street

Area ni merupakan tumpuan pelancong... banyak kedai makan halal, manisan, sate kambing, samosa, mee tarik dan souvenir. Ada penjual di lorong kain baju/souvenir otw ke masjid boleh berbahasa melayu skit2..murah-murah..so kami lalu saja sbb diorng dah cam dan biasa dgn tourist dari negara kita. Nak shopping Xian or Beijing, rasanya tak perlu, buat berat luggage je..lagi pun kat gm, nilai 3 dan jln tar lagi power dan bapok murah. Better tengok lifestyle dan culture mereka.


gerbang muslim street (northside)
letih, diorng kasi kerusi..duduk je 
baru betul kedai cili kering.....
batu giling arwah opah dulu mcm ni rasanya...
kedai jual daging mentah
sibuk menguli gula manisan


Kesenian Masjid di China

Selain Masjid Besar Xian, terdapat 9 lagi masjid di sekitar muslim quarter. Bentuk pagar, pintu dan tingkap, ukiran/tulisan ayat-ayat suci, tiang seri masjid..kesemuanya masih baik dan kekal asli. Rasanya masjid2 ni terselamat daripada diperun oleh operasi Gang of Four waktu cultural revolution di era Mao. Ketika di Beijing kami cover Masjid Dongsi dan Haidian sahaja. Masjid Niu Jie tak sempat..next change.

ruang solat Masjid Besar Xian

siling kayu


minaret

ukiran surah di dinding dalam masjid

seni bunga teratai pada kubah luar

click dan baca sendiri

ni Masjid Xiaopiyuan, ke arah utara dari masjid besar Xian


seni dalaman byk gold leaf

cantikkkkk

kalau boleh buat siling rumah aku chengini...

mmg class seninya

tiang kayu merah tu

mesti ada tangga tak bermata/bentuk mcm ni 
bila kita nak masuk ke laman masjid

penanda masjid (yg gantung hijau tu)
Masjid Haidian, tak jauh dari
summer palace kat Beijing



3 comments:

  1. Saya berminat sangat nak Xian tahun depan, 2019. Soalan:1. Apakah lebih jimat berbanding dgn pakej? 2. Cara ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lately airfare ke Xian mcm ada mahal skit..mungkin limpahan pelancong dari negara China... option lain, Airasia baru launch fly ke Lanzhou (atas skit dari Xian). pastu amik high speed train turun ke Xian...

      Delete
  2. kalau anda jenis risk taker dan tak cepat menggelabah, seronok/better pergi sendiri-sendiri...free style dan ikut pace sendiri dan mmg boleh save bajet. Tak susah mana travel ke Xian ni...

    ReplyDelete