![]() |
giler tinggi |
![]() |
rekabentuk bangunan moden di luar tembok |
![]() |
traditional architecture inside the wall |
![]() |
sama |
![]() |
guardian |
hujung cucur atap bangunan lama mesti ada salah satu ukiran yang menyerupai haiwan. Antara sacred animals adalah kuda, singa, naga, crane dan kura-kura. Patung-patung lain tak berapa cam..cuba check dlm citer kungfu panda..
![]() |
tang dynasty show..tak sempat tengok, next trip kot...Talab! jom.. |
Fly Back Home
Hari terakhir di China. Sempat tapau juadah berbuka di Muslim Street. Jam 7.00 pm kami gerak ke Xianyang International Airport. Jam 5.30 pagi (7 Jun 2016) safely arrived KLIA2...Alhamdullilah
![]() |
otw balik.... |
Urusan ketika travel di negara orang ikut rezeki masing-masing. Ada yg mengalami kesukaran melampau/bad experiences. Sememangnya benar tandas awam disana menggerunkan serta berbau coca-cola maut tak leh masuk dan tabiat diorang yang kerap harkktuih. Tapi apa nak buat, tahan kan saja. Diorang dah mmg macam tu sejak zaman dragon blade lagi. Ada juga cuba-cuba skil harkktuih depan diorng... berdebup landing..diorng ok je.
Nak kata semuanya indah ketika di sana, tak logik juga. Ada beberapa cabaran yang kami tempuhi ketika berkelana
- Dua kali disapa oleh pihak berkuasa dan minta passport..bila diorng tenguk saja buku merah tu, mereka notice Malaysian..dan kata ok..ok. Bila kita disoal guna mandarin, balas je guna bm..tercangak bangap dia tak paham. Polisnya pun muda-muda, gaya pelatih plkn. Kenalan di xian ada bagitahu wajah hamba laksana org negeri stan-stan. Ujarnya lagi wife plak mirip orang hui. No wonder curiosity polis disana meningkat bila tengok kami (tu belum tengok muka Rokok?)
- Masa nak fly back, security screening di airport ada tight skit (rasanya ikut mood diorng kot). Amoi imigresen tu saja buat lembik dan dok asyik belek-belek passport. Maybe dia kagum dgn kualiti dan kecanggihan passport kita. Tambahan pula bearer nya ya amat sihat. Akhirnya tiada pilihan, terpaksa argue...baru terkial-kial cop. Dia tak tahu yg kita dah tak sabar nak order nasi lemak dalam flight.
- English...rakyat China tak berapa menguasai. Walaupun diorang claim ada nama enggeris selain nama cina, bila bertutur..habis kelaut. Bahasa mandarin segalanya. Solution, sembang itik ayam or guna app translator offline english-mandarin utk berkomunikasi..donlod siap2 ke dalam handphone..
![]() |
mobile app |
microsoft translator app banyak membantu. Type saja apa-apa english, akan terhasil pinyin secara automatik, pastu halakan screen phone ke arah mereka-mereka di kedai makan, ketika bertanya arah, mencari di mana gate/kaunter/arah masjid or bertanya berapa bayaran
Kesimpulan
Kami enjoy trip Beijing dan Xian. Alhamdullilah tiada perkara-perkara yang mengecewakan berlaku dan semuanya berjalan lancar. Tiap kali tertonton dokumentari mengenai Xian dan Beijing di tv, place attachement menjadi mudah kerana faktor udah ke Kuching... Negara China luas, kaya dgn pelbagai sumber pelancongan semulajadi, sejarah dan budaya. Banyak lagi provinsi menanti utk dikunjungi.